Setiap kali inginkan minyak wangi lelaki, kaki akan melangkah masuk pintu utama pusat membeli-belah di tingkat bawah, manakala hidung akan terhidu keharuman bau yang menyegarkan.
Udara sejuk daripada penyaman udara yang dipasang membuatkan baunya semakin menusuk hidung dan mata akan liar meninjau ke setiap sudut bahagian tersebut.
Lantas terpandanglah pelbagai poster iklan eksklusif minyak wangi lelaki yang dipamer menggambarkan seorang lelaki dan perempuan dalam suasana yang penuh romantik dengan perkataan-perkataan yang mengasyikkan.
Begitulah suasana yang digambarkan tentang minyak wangi lelaki sehinggalah minda dipengaruhi, ianya mestilah daripada jenama yang terkenal dan mahal harganya.
Tanggapan sebegini memang sudah sebati di kalangan orang kita dan menjadi amalan apabila singgah di kaunter-kaunter menjual minyak wangi di gedung membeli-belah yang terkemuka.
Minyak Wangi Lelaki, Layanan Istimewa
Sedikit sebanyak apa yang dipamerkan itu banyak mempengaruhi pengunjung, tanpa menyedari apa yang dibayar itu lebih kepada keintiman yang ditayangkan bukan berdasarkan kualiti minyak wangi lelaki yang dibeli.
Itulah strategi pemasaran yang digunakan iaitu semburan wangian dan pameran poster bagi menarik pengunjung yang baru melangkah masuk.
Tidak cukup dengan itu, mata juga akan terpandang kesibukan promoter-promoter dengan pakaian mengikut jenama masing-masing melayan pengunjung supaya mencuba minyak wangi lelaki yang dijual.
Sememangnya, majoriti daripada mereka terdiri daripada wanita-wanita cantik yang dilatih dengan layanan cukup istimewa bagi menarik pengunjung agar terus berada di kaunter.
Bagi mereka yang mudah tergoda, pastinya tidak teragak-agak membuat keputusan segera untuk membelinya walhal ia bukan apa yang dikehendaki dan dicari.
Kenapa Minyak Wangi Lelaki
Minyak wangi lelaki ini merupakan satu keperluan bagi kaum lelaki sama seperti kaum perempuan juga yang suka kepada wangian.
Naluri manusia itu sendiri pada zahirnya memang suka kepada bau yang harum serta wangi, inilah anugerah pacaindera yang tidak ternilai dikurniakan oleh Tuhan kepada manusia.
Selain itu, sifat semula jadi manusia itu sendiri samada lelaki atau perempuan dalam keadaan tertentu akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Gaya hidup yang aktif dan cergas merupakan faktor utama kenapa badan manusia mengeluarkan bau selain daripada amalan pemakanan yang tidak seimbang dan sihat.
Oleh itu keperluan kepada sesuatu bagi mengurangkan bau amat perlu samada minyak wangi lelaki atau wanita.
Jenis Minyak Wangi Lelaki
Jadi tidak hairanlah berdasarkan faktor-faktor di atas jelas sekali minyak wangi lelaki merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian.
Perlu diingat terdapat pelbagai jenis minyak wangi yang dijual di pasaran dengan pelbagai jenama dengan kepekatan pati minyak wanginya yang berbeza.
Kadar kepekatan pati minyak wangi lelaki memainkan peranan penting pada bau dan ketahanannya.
Antara jenis-jenisnya ialah:
1. Perfume (20-30% kepekatan)
Perfume merupakan minyak wangi lelaki tahan paling lama kerana kadar kepekatan minyak wangi yang ada di dalamnya antara 20 hingga 30 peratus.
Kelebihan yang ada pada minyak wangi jenis ini ialah keharumannya dapat dihidu pada jarak yang jauh dari badan si pemakai.
Keharumannya juga boleh bertahan sehingga 24 jam dan merupakan minyak wangi lelaki yang paling mahal, di mana harganya mampu mencecah ratusan hingga ribuan ringgit.
Ianya tidak mengandungi alkohol dan amat sesuai kepada mereka yang mengalami kulit sensitif atau alergi.
2. Eau de Perfume (10-20% kepekatan)
Eau de Perfume atau EDP pula merupakan minyak wangi yang mempunyai kepekatan agak kurang sedikit berbanding dengan perfume iaitu antara 10 hingga 20 peratus.
Kandungan alkohol dan air dalam minyak wangi lelaki seperti ini agak tinggi sedikit, manakala keharuman baunya pula mampu bertahan antara 6 hingga 8 jam.
Ianya juga sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah alergi pada kulit sebagaimana perfume.
3. Eau de Toilette (5-15% kepekatan)
Eau de Toilette atau EDT pula merupakan minyak wangi lelaki yang agak ringan di mana kadar kepekatan pati minyak wangi yang ada dalamnya antara 5 hingga 15 peratus.
Kandungan alkohol pula lebih tinggi berbanding dengan EDP, namun keharumannya tetap ada dengan ketahanannya menurun 2 hingga 4 jam.
Ia merupakan antara minyak wangi lelaki dalam bentuk semburan yang popular kerana harganya agak rendah berbanding dua jenis minyak wangi di atas.
Malah ada juga di kalangan pembeli agak keliru dalam membezakan pewangi EDT dengan EDP, terdapat sesetengah jenama EDT apabila kandungan alkoholnya lebih tinggi baunya menjadi lebih kuat tetapi tidak tahan lama.
4. Eau de Cologne (2-5% kepekatan)
Eau de Cologne atau EDC pula merupakan minyak wangi lelaki yang agak lembut di mana kadar kepekatan pati minyak wangi yang ada padanya hanya 2 hingga 4 peratus.
EDC juga dijual dalam botol semburan yang agak besar sedikit, manakala baunya pula agak maskulin dan ada juga terdapat EDC yang baunya agak feminin.
Oleh kerana keharumannya tidak tahan lama, kebiasaannya minyak wangi lelaki sebegini perlu dipakai berulang kali dalam sehari bagi mengekalkan baunya.
Manakala harganya pula agak murah berbanding 3 jenis minyak wangi di atas.
5. Eau de Fraiche (1-2% kepekatan)
Eu de Fraiche atau EDF merupakan minyak wangi lelaki yang tinggi kandungan air di mana kadar kepekatan pati minyak wanginya antara
1 hingga 2 peratus sahaja.
Ianya berfungsi sebagai bau untuk meyegarkan badan kerana hanya mampu bertahan untuk 1 jam sahaja.
Oleh itu, pemakaian EDF ini disyorkan untuk setiap 1 atau 2 jam sekali sekiranya inginkan kesegaran sepanjang masa.
Minyak Wangi Lelaki, Bajet Jadi Halangan
Jadi jelaslah sekarang berdasarkan jenis-jenis minyak wangi yang telah dibincang tadi, sudah tentu anda dapat membezakan yang mana satu minyak wangi lelaki yang berkualiti tinggi.
Bab kata pepatah tepuk dada tanya selera, yang mana satu jadi pilihan anda berdasarkan bajet masing-masing.
Sekiranya anda berkehendakkan minyak wangi lelaki yang paling baik, jawapannya pastinya perfume.
Namun harga merupakan faktor utama yang menjadi halangan kepada sesetengah individu walaupun hati sudah berkenan dan sudah ada pilihan dibuat.
Hakikatnya tidak semua orang mampu memiliki apa yang dihajati walaupun setiap daripada kita pastinya inginkan sesuatu yang terbaik.
Minyak Wangi Lelaki, Perfume Harga Lebih Murah
Tahukah anda, terdapat satu lagi minyak wangi yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan perfume tetapi harganya jauh lebih murah dan mampu anda miliki.
Keharuman minyak wangi lelaki ini juga mampu bertahan selama 16 hingga 18 jam jika disapu pada pakaian atau fabrik dan 8 jam pada anggota badan.
Malah harganya pun dikatakan lebih murah berbanding dengan EDP dan EDT.
Ianya diperbuat daripada bintil kijang Himalaya asli yang dimasak untuk tempoh yang lama sehingga terhasil pati minyak wangi yang begitu harum baunya.
Apa yang lebih menarik tahap kepekatan pati minyak wangi lelaki ini adalah sebanyak 20 hingga 30 peratus iaitu menyamai apa yang ada pada perfume dan sedikitpun tidak mengandungi alkohol.
Ianya dipanggil Minyak Kasturi Kijang atau dalam Bahasa Inggeris disebut ‘Pure Musk Deer’ juga merupakan bahan asas bagi menghasilkan minyak wangi lelaki pelbagai jenama di pasaran.
Minyak Wangi Lelaki Pelbagai Guna
Menurut satu kisah, wangian kasturi ini dibawa ke dunia bersama Nabi Adam A.S ketika baginda dan Hawa diturunkan ke bumi.
Ketika berada di bumi (dipercayai kawasan pergunungan Himalaya), seekor kijang betina telah menziarahi baginda, lantas Nabi Adam A.S telah memberi makan sehelai daun yang dibawa dari syurga kepada kijang berkenaan dan dengan izin Allah S.W.T kijang tersebut berbau harum seharum kasturi.
Keharuman tersebut telah diperturunkan ke generasi kijang seterusnya yang menghasilkan bintil kasturi kijang sebagai bahan menghasilkan minyak wangi lelaki sehingga ke hari ini.
Malah sebuah catatan berusia lebih kurang 2,000 tahun SM yang dijumpai di Mesopotamia menyatakan seni membuat minyak wangi dimulai oleh seorang ahli kimia yang pertama bernama Taputti.
Kemudiannya aktiviti tersebut berkembang di Lembah Indus, Mesir dan Mesopotamia, serta kawasan-kawasan berhampiran.
Kemungkinan catatan tentang permulaan pembuatan minyak wangi yang dijumpai itu ada kaitan dengan bintil kijang yang dihasilkan oleh Kijang Himalaya selepas memakan daun pemberian Nabi Adam A.S. itu.
Selain kegunaan sebagai minyak wangi lelaki, ia juga dipercayai mempunyai pelbagai khasiat yang boleh diguna dalam bidang perubatan Islam kerana sifat mahkluk halus itu sendiri tidak suka kepada wangian.
Ketahui kelebihan kasturi kijang dalam perubatan Islam dan juga sebagai minyak wangi lelaki. Klik Di sini Sekarang