Sesetengah daripada ilmuan Islam berpendapat amalan mencium kasturi boleh menyihatkan tubuh badan terutamanya roh, ianya lebih kepada makanan yang boleh menguatkan rohani seseorang.
Berdasarkan kajian, keharuman kasturi kijang boleh menenangkan roh seseorang, bersesuaian dengan sifat roh itu sendiri yang suka kepada bau yang wangi.
Secara tidak langsung bau yang harum ini menjadi penghalang kepada syaitan untuk mengganggu manusia kerana keharuman kasturi amat tidak disenanginya.
Minyak kasturi kijang ini sebenarnya berasal dari kelenjar ataupun disebut juga sebagai bintil atau buntat kijang jantan.
Ianya tumbuh pada bahagian bawah perut, namun boleh juga ditemui pada bahagian lain seperti di atas badan, leher, kepala, kaki dan lain-lain lagi.
Bintil-bintil inilah yang menghasilkan bintil kasturi (musk deer gland atau pods) dan diproses menjadi pati minyak kasturi kijang untuk menghasilkan minyak wangi tahan lama dan sebagai bahan rawatan dalam perubatan Islam.